Institut Sukan Negara
Perkhidmatan Atas Talian / Online Services (BETA)
Home Menu Utama
Iklan Jawatan
Maklumat berkaitan penjawatan dalam Institut Sukan Negara.
PERHATIAN
  1. Pemohonan yang tidak menggunakan sistem e-karier atau tidak lengkap akan DITOLAK.
  2. Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, perlulah mengisi secara ON-LINE menggunakan sistem e-karier dan mengemukakan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini yang dibuat melalui Ketua Jabatan. Dokumen-dokumen tersebut hanya perlu dibawa semasa TEMUDUGA sahaja.
  3. Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
  4. Pemohon tidak perlu menghantar salinan sijil/dokumen. Hanya Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
  5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
UMUR
  1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat sepenuhnya secara atas talian (online) sahaja menggunakan sistem e-karier dengan melayari laman web ISN di
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 September 2010 (Sabtu)
MAKLUMAT JAWATAN
KUMPULAN SOKONGAN I
Bil
Jawatan
Gred
Taraf Jawatan
Skim Gaji
1 .
W27
Kontrak
Jawatan : Penolong Akauntan
Gred : W27
Kumpulan : Sokongan
Kem/Jab : Institut Sukan Negara
Jadual Gaji :

P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80

SYARAT LANTIKAN
Syarat Lantikan:
i) Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan dan Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5 RM1475.29 ; atau

ii) Licentiate of The Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8 RM1674.94 ; dan

ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Atas
Back to top ∧
Perkhidmatan Atas Talian ini dibangunkan oleh Unit ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Sukan Negara Malaysia.
Untuk maklum balas, sila hubungi talian 603 8992 9951 atau email info@isn.gov.my.